Sunday, June 8, 2008
Oil price increase
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah diatas segala usaha Tun dan saya mendoakan Tun sentiasa didalam keadaan sihat. Kenaikan minyak dari RM 1.92 ke RM 2.70 sememangnya membebankan saya kerana hanya saya seorang yang menyara keluarga. Saya masih mempunyai ibu dan bapa tetapi kedua-duanya tidak mempunyai pendapatan oleh kerana ibu saya menghidap penyakit lelah manakala bapa saya diserang stroke. Saya masih mempunyai adik perempuan yang kini masih menuntut. Gaji bulanan saya hanya cukup untuk menyara mereka bertiga dan perbelanjaan saya sendiri. saya hanya boleh menyimpan RM 300 sebulan sebelum kenaikan harga minyak. Selepas saya membuat pengiraan, belanja rumah untuk ibu dan bapa saya meningkat dari RM 420 ke RM 560. Manakala minyak motor untuk keluarga saya meningkat dari RM 100 ke RM 150.Minyak Kereta saya untuk berulang alik ke tempat kerja meningkat dari RM 280 ke RM 400. Ini tidak termasuk hal hal yang lain seperti rumah sewa dan lain-lain. Apa yang merunsingkan fikiran saya selepas membuat pergiraan balik selepas kenaikan minyak, gaji saya tidak mampu untuk menanggung segala perbelanjaan malah saya terpaksa mencari sumber pendapatan lain bagi memastikan gaji saya cukup untuk menampung perbelanjaan selepas kenaikan harga minyak ini. Tetapi sampai bila saya harus menghadapi situasi ini. Dengan tiada lagi wang simpanan, bagaimana saya nak melalui hidup. Saya masih lagi membujang dan harapan saya semakin tipis untuk mendirikan rumah tangga kerana kos saraan hidup semakin tinggi. Fikiran saya buntu bila diumumkan kenaikan harga minyak oleh paklah. Terima kasih paklah, Beliau banyak membantu saya untuk mengurangkan bebanan hidup saya dengan menaikan harga minyak.Pada pendapat saya, bukan saya seorang yang mengalami semua ini. Ramai lagi yang senasib dengan saya. Saya akan terus menyokong segala usaha Tun dan saya amat berbangga menjadi rakyat dibawah pimpinan Tun dan kini saya berasa kecewa bila berda dibawah pimpinan Paklah. Terima kasih Tun kerana masih mempertahankan hak-hak rakyat malaysia.Terima kasih kepada Malaysia sekarang kerana banyak membantu saya untuk lari daripada bebanan hidup yang kini di bawah pimpinan Paklah. Terima Kasih banyak-banyak.Frustratedazam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
So sad to read that dude..tapi apa boleh buat. Bukan awk je yang tersepit dek kerana budi baik pemimpin kita tapi ramai lagi yang hampir tidak bernafas kat luar sana. Apa sangatlah yang kita boleh buat?Apa daya kita untuk melawan keputusan yang dikatakan adil untuk pemerintah dan untuk rakyat.
Adil untuk orang bergaji besar dan kurang tanggungan tetapi tidak adil mcm kita yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin meninggi dan dengar ura-ura yang tarif elektrik akan dinaikkan, dek kerana permohonan TNB dah lama ditangguh.Itu belum ditambah dengan kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berkadar langsung dengan kenaikan harga bahan api ini. Apa guna kita bercakap?siapakah yang sudi mendengar suara kita yang kerdil amat ni?apa daya…yang saya boleh lihat kita cuma mampu berjimat. Berjimat selagi terdaya…dalam situasi gawat ini, untuk sedapkan hati yang dah terbakar tu apa kata cubalah tips2 berikut…
1. Jangan langgan Astro
2. Jangan pakai ekon dalam kete - buka lah tingkap kecuali time hujan.
3. Jangan kerap tgk wayang - belilah DVD/CD original, tak mampu?ah yang cetak rompak bersepah. yukk kita bisa nonton sambil bareng-bareng di rumah.
4. Jangan masak makanan guna minyak - coz harga minyak masak pun dah naik, maka masaklah rebus-rebus saje kerana di samping itu dapat menjaga kesihatan.
5. Jangan biarkan tanah belakang umah kosong - tanam apa yg patut. contoh ubi kayu, mana tahu kalau tak mampu beli beras boleh rebus ubi, makan cicah gula...back to zaman jepun.
6. Jangan selalu shopping . beli baju baru setahun sekali je.
7. Jangan pegi melancong – daku doakan selamat maju jaya kepada industri pelancongan malaysia.
8. Jangan speed bawak kenderaan.
9. Jangan selalu keluar rumah.
10. Jangan kawin lagi– alah omak camnolah nak kawen duit takdo…dah perabih buek beli minyak haa.
dan segala macam Jangan lagi...
selepas ni slogan MALAYSIA BOLEH sudah BOLEH di tukar kepada MALAYSIA JANGAN!!
Tahniah..
Azam, this is a very touching posting. You are young,you still got great future. And you also got talent.
Post a Comment