Sunday, June 8, 2008

Oil price increase

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah diatas segala usaha Tun dan saya mendoakan Tun sentiasa didalam keadaan sihat. Kenaikan minyak dari RM 1.92 ke RM 2.70 sememangnya membebankan saya kerana hanya saya seorang yang menyara keluarga. Saya masih mempunyai ibu dan bapa tetapi kedua-duanya tidak mempunyai pendapatan oleh kerana ibu saya menghidap penyakit lelah manakala bapa saya diserang stroke. Saya masih mempunyai adik perempuan yang kini masih menuntut. Gaji bulanan saya hanya cukup untuk menyara mereka bertiga dan perbelanjaan saya sendiri. saya hanya boleh menyimpan RM 300 sebulan sebelum kenaikan harga minyak. Selepas saya membuat pengiraan, belanja rumah untuk ibu dan bapa saya meningkat dari RM 420 ke RM 560. Manakala minyak motor untuk keluarga saya meningkat dari RM 100 ke RM 150.Minyak Kereta saya untuk berulang alik ke tempat kerja meningkat dari RM 280 ke RM 400. Ini tidak termasuk hal hal yang lain seperti rumah sewa dan lain-lain. Apa yang merunsingkan fikiran saya selepas membuat pergiraan balik selepas kenaikan minyak, gaji saya tidak mampu untuk menanggung segala perbelanjaan malah saya terpaksa mencari sumber pendapatan lain bagi memastikan gaji saya cukup untuk menampung perbelanjaan selepas kenaikan harga minyak ini. Tetapi sampai bila saya harus menghadapi situasi ini. Dengan tiada lagi wang simpanan, bagaimana saya nak melalui hidup. Saya masih lagi membujang dan harapan saya semakin tipis untuk mendirikan rumah tangga kerana kos saraan hidup semakin tinggi. Fikiran saya buntu bila diumumkan kenaikan harga minyak oleh paklah. Terima kasih paklah, Beliau banyak membantu saya untuk mengurangkan bebanan hidup saya dengan menaikan harga minyak.Pada pendapat saya, bukan saya seorang yang mengalami semua ini. Ramai lagi yang senasib dengan saya. Saya akan terus menyokong segala usaha Tun dan saya amat berbangga menjadi rakyat dibawah pimpinan Tun dan kini saya berasa kecewa bila berda dibawah pimpinan Paklah. Terima kasih Tun kerana masih mempertahankan hak-hak rakyat malaysia.Terima kasih kepada Malaysia sekarang kerana banyak membantu saya untuk lari daripada bebanan hidup yang kini di bawah pimpinan Paklah. Terima Kasih banyak-banyak.Frustratedazam